Ahad, 25 Disember 2011

Cinta Yang Hakiki


Ya Allah..
betapa berat tanggungan di bahu ini
betapa keseimbangan itu memerlukan kekuatan semangat yang nurani
kekuatan yang hanya boleh aku dapat melalui suntikan rahmatMu
hadirnya perasaan ini bukan tidak pernah ditolak hati
ianya difikir-fikir berpuluh-puluhan kali
aku menangis didepanMu sambil tangan kedupku menadah mohon sinarMu
apa sebenarnya yang terbaik buatku Ya Allah
Kau tunjukkanlah jalan itu..

Ya Allah
segala-galanya adalah ketentuanMu
apa yang aku ada untuk menolak segala takdir yang terpatri buatku
aku tak sanggup mencemarkan kesucian hati ciptaan unikMu buat manusia2 kerdil sepertiku
aku juga tak sanggup menolak perasaan cinta 
dari hamba yang bukan muhrimku
adakah itu satu cubaan buatku?
atau 
mungkin Kau mahu imanku 
yang membuat keputusan atas segala persoalan ini?
atau mungkin aku sudah terpesong jauh dari noktah-noktah hidup 
di bawah lembayung keredhaanMu


Ya Allah
Kau bataskanlah segala cinta yang hadir dalam diri ini
Kau lapitkanlah ia dengan cebisan iman yang terpaut rapi dalam jiwa ini 
walaupun ianya hanya sebesar kuman di kerak bumi
Kau hindarkanlah segala bentuk perasaan nafsu syaitan dalam diri ini
yang sudah pasti mampu merosakkan iman dalam diri
apa yang aku ingini adalah keberkatan dan kemuliaan daripadaMu

Ya Allah
jika pilihan cinta ini adalah haram disisiMu
aku berlutut mohon Kau hapuskanlah dia dalam diri
jika dia bukan hadir untuk diriku hidupku dan matiku
aku bersujud mohon Kau jauhkanlah dia dari pandanganku ini
jika kehadiran aku dalam diriNya mambuatkan dia alpa lupa padaMu
Kau murkailah aku..Kau berikanlah aku sedikit petunjuk 
untuk aku lari jauh dari hidupnya
jika adanya cinta ini membuatkan aku lalai untuk beribadat kepadaMu
Kau hilangkanlah segala perasaan ini
kerana segala-galanya yang abadi hanyalah untukMu

Ya Allah
aku kini mencari cinta yang halal
halal pada pandanganMu
aku kini mahu mencari cinta suci yang asli
aku tidak mahu lagi kepalsuan cinta membelenggu diri
aku tidak mahu mengulanginya lagi


Ya Allah
segala yang tersirat dan tersurat itu ada padaMu
segala dugaan rintangan cabaran itu adalah kehendakMu
aku redha atas segala ketentuanMu
 
Melayari kehidupan dunia 
bagaikan melayari ombak yang sentiasa tidak tenang,
dengan tenggelam timbulnya pelbagai perasaan dan emosi
hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui kehebatan dugaan ini 
buat manusia kerdil seperti kita semua
lari dari fitrah manusia dalam istikarah cinta bukan kudrat kita
semoga pencarian cinta halal itu ada didepan mata kita kini
cuma perlu untuk kita selami dan hargai
syukurlah pada Ilahi
amin..insyaAllah :)